ENERGY MASK SERIES

Senarai Produk

Umum

Siri AGAPE Energetique Mask menggabungkan bahan semulajadi dengan tindakan tiga kali (triple action) dan teknologi canggih. Gabungan inovatif liposom (dipatenkan dan dengan pelbagai anugerah) membekalkan intipati (dipatenkan) – bertindak pantas menghasilkan zarah mikro liposom untuk penggabungan dengan filem kolagen peptida Tencel – merupakan satu formula yang sangat berkesan dalam memberikan manfaat kepada kulit di peringkat selular. Formulasi terkini ini adalah rahsia kepada kesihatan kulit dari dalaman yang bertindak segera dan bertahan lama.

HURAIAN

Siri AGAPE Energetique Mask menggunapakai teknologi Sistem Liposom (dipatenkan) dan proses tekanan tinggi untuk menyelubungi intipati fungsian yang bertindak pantas. Ini adalah untuk menghasilkan zarah mikro liposom dengan saiz purata 315nm, lebih kecil daripada intipati konvensional. Zarah mikro liposom mempunyai ciri-ciri yang memudahkan penembusan intipati ke lapisan kulit secara mendalam. Selain itu, struktur ‘bilayer’ (dua lapis) liposom yang menyerupai membran sel menyumbang kepada ciri-ciri fius aktif yang secara menyampaikan intipati berfungsi dengan aktif melalui membran sel ke peringkat selular.

Intipati fungsian (yang dipatenkan) membaiki dan memulihkan struktur ‘stratum corneum’ (lapisan epidermis paling luar). Dengan lapisan epidermis paling luar yang optimum, pemindahan dan penembusan intipati liposom ke lapisan kulit secara mendalam dapat dipertingkatkan, sekaligus meningkatkan penyerapan intipati nutrien ke tahap selular serta menambahbaik kehalusan dan kelembutan kulit.

Lapisan peptida kolagen Tencel dihasilkan dengan teknologi bio-pempolimeran terkini yang menggabungkan kolagen ikan bermolekul kecil dengan serat Tencel. Lapisan Tencel yang serasi dengan kulit memberikan sentuhan optimum kepada garis halus muka untuk meningkatkan penembusan intipati liposom ke lapisan kulit dan mempertingkatkan keberkesanan intipati berfungsi.

Siri AGAPE Energetique Mask boleh didapati dalam 3 jenis – N°1 Hydration mask (Penghidratan); N°2 Whitening mask (Pemutihan); N°3 Firming Mask (Penganjalan). Faedah dan keberkesanan intipati fungsian (yang dipatenkan) telah terbukti dengan analisis genetik dan ujian klinikal yang terkini. Siri AGAPE Energetique Mask secara klinikal memperlihatkan penembusan intipati liposom ke lapisan kulit yang dalam dengan hanya 5 minit, sekaligus memberikan manfaat yang pantas dan mendalam serta pelembapan kulit, pemutihan, dan penegangan kulit yang tahan lama.

© Copyright 2018 Agape Superior Living Sdn Bhd. All Rights Reserved.