MESEJ PRESIDEN GLOBAL

Mari kita menghadapinya. Kita sedang menghadapi kemelut ekonomi abad ke-21 yang tidak menentu. Tiada pilihan untuk kita selain menghadapi dan mengatasinya serta menempuhi cabaran ini dengan menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.

Jauh di dalam hati, setiap daripada kita ingin mencari cara terbaik untuk mencapai peluang peniagaan dan kualiti hidup yang lebih baik. Saya telah berusaha dan mengatasi batasan untuk mencipta taraf kehidupan yang lebih baik untuk semua. Inilah pendorong dan mangkin yang membuatkan saya melabur dalam perniagaan AGAPE.

Perniagaan AGAPE bukan sahaja memfokus pada memperoleh keuntungan yang lebih besar, tetapi juga berkenaan dengan prihatin dan kasih saying terhadap orang lain. Keputusan saya untuk memberi yang terbaik kepada AGAPE merupakan salah satu sanjungan tertinggi yang saya terima oleh sebab saya disokong komuniti sekitar saya. Saya berasa bersyukur kerana alam semester telah menyalurkan segala sumber yang terbaik kepada saya. Saya yakin bahawa anda semua juga dapat mencapai kehidupan terbaik sebagaimana AGAPE telah memanfaatkan saya, oleh sebab nilai utama AGAPE adalah membantu orang lain untuk mencapai impian mereka.

Platform kukuh yang dibina AGAPE bukanlah untuk saya sendiri, tetapi untuk semua pemimpin di dalam keluarga ini. Platform yang tidak tergoyang ini merupakan bukti bahawa kita semua dapat mengongsi kasih sayang terhadap umat manusia dan mengeratkan ahli keluarga melalui keinginan untuk berjaya. Kemahuan membara untuk memperoleh kekayaan dan kesihatan akhirnya akan melapangkan masa kita untuk membantu sesama diri kita.

Dalam AGAPE, setiap daripada kita merupakan Duta Pengasih. Setiap orang telah dibudayakan untuk mempromosikan kesihatan terunggul kepada semua. Sebagai ketua duta, saya mendapati setiap Duta Pengasih AGAPE mempunyai hubungan yang amat rapat. Para Duta Pengasih sekalian, saya ingin mengucapkan jutaaan terima kasih kepada anda semua atas sokongan dan sumbangan anda kepada AGAPE. Kalian semua sentiasa diingati dalam hati saya. Saya amat yakin titik peluh anda semua akan dapat meletakkan AGAPE di tangga teratas di dunia ini.

Perubahan sentiasa berlaku dan hanya masa yang akan membuktikan segala-galanya. Tidak kira apa perubahan yang berlaku dalam kehidupan, AGAPE akan terus bersama semua dalam perjalanana ke arah kesihatan dan kekayaan.

Saya berkomited untuk memegang janji ini sebagai sebahagian daripada obligasi dan tanggungjawab saya, tetapi hanya untuk mereka yang berani untuk berimpi. Sekiranya anda mempunyai impian untuk menyediakan kehidupan selesa untuk anda dan orang tersayang, maka saya menyeru supaya anda bangun untuk merealisasikan impian anda. AGAPE tidak mengenal batasan oleh sebab batasan itu boleh ditempuhi untuk terus maju ke depan.

Duta Pengasih sekalian, AGAPE berada di sini untuk menyatukan setiap daripada kita. Saya amat yakin bahawa dengan berganding bahu dan berpadu hati, kita dapat membentuk masa depan kita, suatu masa depan yang amat cerah untuk mereka yang menyumbang secara iklas, suatu masa depan yang membawa kehidupan yang lebih aman, berbaloi dan harmonis.

Y.H. Dato’ Sri Dr. How Kok Choong
S.S.A.P, D.I.M.P, J.P.
Global President
Agape Superior Living International Group

© Copyright 2015 Agape Superior Living Sdn Bhd. All Rights Reserved.