POLISI PRIVASI & KESELAMATAN

Tarikh berkuatkuasa: Julai 20, 2018

AGAPEATP (“kami”) beroperasi di laman web https://agapeatp.com/ dan aplikasi mobil AGAPEATP (“Perkhidmatan”).

Laman web ini memberikan anda maklumat tentang polisi-polisi kami yang mengenai pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan data-data peribadi apabila anda menggunakan Perkhidmatan dan pilihan yang telah anda kaitkan dengan data itu. Polisi Privasi & Keselamatan ini adalah untuk AGAPEATP dan ia berdasarkan FreePrivacyPolicy.com.

Kami menggunakan data anda untuk menyediakan dan memperbaiki Perkhidmatan ini. Dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju atas pengumpulan dan penggunaan informasi selaras dengan polisi ini. Melainkan jika ia dinyatakan dalam Polisi Privasi & Keselamatan ini, terma yang digunakan dalam Polisi Privasi & Keselamatan ini mempunyai makna yang sama dengan Terma dan Syarat kami.

PENGUMPULAN & PENGUNAAN DATA PERIBADI

Kami mengumpul beberapa jenis informasi untuk tujuan yang berlainan demi menyediakan dan memperbaiki Perkhidmatan kami kepada anda.

Jenis Data Dikumpul

Data Peribadi

Anda mungkin akan diminta untuk mengemukakan maklumat peribadi untuk digunakan oleh kami untuk menghubungi atau mengenalpasti identiti anda (“Data Peribadi”) semasa menggunakan Perkhidmatan kami. Maklumat peribadi yang dimaksudkan termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Alamat emel
  • Nama pertama dan belakang
  • Nombor telefon
  • Alamat, Negeri, Wilayah, Kod ZIP/Poskod, Bandar
  • Kuki dan Data yang Digunakan

Data Yang Digunakan

Kami juga mungkin akan mengumpul maklumat yang dihantar dari pelayar anda setiap kali anda menggunakan Perkhidmatan kami atau apabila anda mengakses Perkhidmatan melalui peranti mobil (“Data yang Digunakan”).

Data yang Digunakan ini mungkin merangkumi maklumat seperti alamat Protokol Internet komputer anda (cth. Alamat IP), jenis pelayar, versi pelayar, halaman web Perkhidmatan yang dilayari anda, masa dan tarikh anda berkunjung, pengenal pasti peranti unik dan data diagnostik yang lain.

Apabila anda mengakses Perkhidmatan melalui sebuah peranti mobil, Data yang Digunakan ini mungkin termasuk maklumat seperti jenis peranti mobil yang diguna anda, ID unik peranti mobil anda, alamat IP peranti mobil anda, sistem operasi mobil anda, jenis pelayar internet yang diguna anda, pengenal pasti peranti unik dan data diagnostik.

Data Penjejakan & Perihal Kuki

Kami menggunakan kuki dan teknologi pengesanan yang serupa untuk menjejaki aktiviti anda pada Perkhidmatan kami dan menyimpan maklumat tertentu.

Kuki ialah fail-fail yang memiliki jumlah data yang kecil dimana ia merangkumi pengenal pasti unik tanpa nama. Kuki akan dihantar dari sebuah laman web ke pelayar anda dan disimpan dalam peranti anda. Teknologi-teknologi penjejakan seperti beacon, teg-teg, dan skrip-skrip akan digunakan untuk berkumpul dan menjejak maklumat dan memperbaiki dan menganalisis Perkhidmatan kami.

Anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menolak segala kuki atau untuk memaklumkan anda apabila kuki anda telah dihantar. Namun begitu, jika anda tidak ingin terima kuki, anda mungkin tidak dapat menggunakan sesetengah Perkhidmatan kami.

Contoh Kuki yang diguna kami:

  • Kuki Sesi. Kami menggunakan Kuki Sesi untuk melaksanakan Perkhidmatan kami.
  • Kuki Keutamaan. Kami menggunakan Kuki Keutamaan untuk mengingati keutamaan anda dan tetapan-tetapan yang lain.
  • Kuki Sekuriti. Kami menggunakan Kuki Sekuriti untuk tujuan keselamatan.

CARA PENGGUNAAN DATA

AGAPEATP menggunakan data yang dikumpul untuk pelbagai tujuan:

  • Untuk menyediakan dan mengekalkan Perkhidmatan
  • Untuk memberitahu anda tentang perubahan dalam Perkhidmatan kami
  • Untuk membolehkan anda mengambil bahagian dalam fungsi-fungsi interaktif Perkhidmatan kami apabila anda ingin berbuat demikian
  • Untuk memberikan sokongan dan bantuan pelanggan
  • Untuk menyediakan analisis atau maklumat berharga supaya kami dapat memperbaiki Perkhidmatan ini
  • Untuk memantau penggunaan Perkhidmatan ini
  • Untuk mengesan, mencegah dan menangani isu-isu teknikal

PEMINDAHAN DATA

Maklumat anda, termasuk Maklumat Peribadi, mungkin akan dipindah ke – dan disimpan – di dalam komputer-komputer luar negeri, wilayah, negara atau bidang kuasa kerajaan lain di mana akta perlindungan data mungkin berbeza dengan bidang kuasa di lokasi anda.

Jika anda berada di luar Malaysia dan ingin memberikan maklumat kepada kami, sila dimaklumkan bahawa kami akan memindah data, termasuk Data Peribadi, ke Malaysia dan memproses data itu di tempat tersebut.

Persetujuan anda dan penyerahan maklumat ini dalam Polisi Privasi & Keselamatan ini melambangkan persetujuan anda dalam pemindahan itu.

AGAPEATP akan mengambil langkah-langkah yang munasabahnya perlu untuk memastikan data anda akan dilindungi selaras dengan Polisi Privasi & Keselamatan ini dan Maklumat Peribadi anda tidak akan dipindah ke sesebuah organisasi atau negara, melainkan jika kawalan yang secukupnya telah dilaksanakan, seperti sekuriti data dan maklumat peribadi lain anda.

PENDEDAHAN DATA

Keperluan Undang-undang

AGAPEATP mungkin akan mendedahkan Data Peribadi anda dengan kepercayaan bahawa tindakan ini adalah perlu untuk:

  • Untuk mematuhi kewajiban undang-undang
  • Untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak atau harta benda AGAPEATP
  • Untuk mengelakkan atau menyiasat sebarang kesalahan yang mungkin berlaku yang berkaitan dengan Perkhidmatan ini
  • Untuk melindungi keselamatan peribadi para pengguna Perkhidmatan ini atau orang awam
  • Untuk melindungi daripada liabiliti undang-undang

SEKURITI DATA

Kami mengutamakan keselamatan data anda, sila dimaklumkan bahawa tiada pemindahan data dari Internet, atau kaedah penyimpanan elektronik yang menjamin 100% selamat. Walaupun kami berusaha menggunakan pelbagai cara komersial yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlaknya.

PEMBEKAL PERKHIDMATAN

Kami mungkin akan menggaji syarikat-syarikat dan individu-individu pihak ketiga untuk melaksanakan Perkhidmatan (“Pembekal Perkhidmatan”), untuk memberikan Perkhidmatan ini bagi pihak kami, untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan dengan Perkhidmatan ini atau untuk membantu kami dalam menganalisis cara penggunaan Perkhidmatan kami.

Pihak ketiga ini mempunyai akses terus kepada Data Peribadi anda untuk melaksanakan tugas-tugas ini bagi pihak kami, dan diwajibkan untuk tidak mendedahkan atau menggunakan maklumat itu untuk sebarang tujuan yang lain.

Analitik

Kami mungkin akan menggunakan Pembekal Perkhidmatan pihak ketiga untuk memantau dan menganalisis penggunaan Perkhidmatan kami.

  • Google Analytics

    Google Analytics merupakan satu perkhidmatan analitik web yang disediakan Google untuk menjejak dan melaporkan trafik laman web tersebut. Google menggunakan data yang dikumpul untuk menjejak dan memantau cara penggunaan Perkhidmatan kami. Data ini akan dikongsi bersama perkhidmatan-perkhidmatan Google yang lain. Google mungkin akan menggunakan data yang dikumpul untuk mengkontekskan dan memaparkan iklan sesuai untuk anda dibawah rangkaian pengiklanan mereka sendiri.

    Untuk maklumat lanjut tentang amalan-amalan privasi Google, sila mengunjungi laman web Privasi & Terma Google: https://policies.google.com/privacy?hl=en

PAUTAN KEPADA LAMAN WEB YANG LAIN

Perkhidmatan kami mungkin mengandungi pautan-pautan ke laman web lain yang tidak dikendalikan oleh kami. Jika anda klik pada pautan pihak ketiga, anda akan dibawa ke laman web pihak ketiga itu. Anda adalah dinasihatkan untuk membaca Polisi Privasi & Keselamatan setiap kali anda melawat sesebuah laman web.

Kami tidak dapat mengawal dan bertanggungjawab ke atas kandungan, polisi-polisi privasi & keselamatan atau amalan-amalan laman web atau perkhidmatan pihak ketiga yang lain.

PRIVASI KANAK-KANAK

Perkhidmatan kami tidak termasuk orang bawah umur 18 tahun (“Kanak-kanak”).

Kami tidak akan sengaja mengumpul maklumat peribadi orang bawah umur 18 tahun. Sila hubungi kami jika anda seorang ibubapa atau penjaga dan sedar bahawa Anak anda telah memberikan Maklumat Peribadi kepada kami. Jika kami sedar bahawa kami telah mengumpul Data Peribadi daripada kanak-kanak tanpa persetujuan ibubapa, kami akan mengambil langkah untuk mengeluarkan maklumat tersebut daripada pelayan-pelayan kami.

PERUBAHAN POLISI PRIVASI DAN KESELAMATAN

Kami mungkin akan memperbaharui Polisi Privasi & Keselamatan kami dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan anda tentang apa-apa perubahan dengan memuat naik Polisi Privasi & Keselamatan pada halaman ini.

Sebelum sesuatu perubahan menjadi sah, kami akan memaklumkan anda melalui emel dan/atau notis penting dalam Perkhidmatan kami, kami juga akan mengemaskini “tarikh kuatkuasa” pada bahagian atas Polisi Privasi & Keselamatan ini.

Anda dinasihatkan untuk membaca semula Polisi Privasi & Keselamatan ini untuk sebarang perubahan. Perubahan dalam Polisi Privasi & Keselamatan ini akan dikuatkuasa sebaik sahaja ia dimuat naik dalam halaman ini.

HUBUNGI KAMI

Jika anda ada apa-apa soalan mengenai Polisi Privasi & Keselamatan, sila hubungi kami:

  • Dengan melawat halaman ini dalam laman web kami: http://agapeatp.com/contact-us/