Kod Produk: EMW15MY18 (Pemutihan)

Senarai Produk

ENERGY MASK – N°2 MED – Whitening (Pemutihan)

Pendedahan sel-sel kulit kepada sinaran UV menyebabkan pengoksidaan sel kulit yang mengakibatkan penuaan kulit. Pada tahun 1956, Denham Harman mencadangkan pengumpulan produk sampingan oksidasi berlebihan, iaitu Reactive Oxygen Species (ROS) yang merupakan penyumbang utama kepada proses penuaan kulit. Penuaan membawa kepada penipisan epidermis serta lapisan kulit yang mengakibatkan kehilangan fungsi kulit sebagai rintangan pertama terhadap alam sekitar. Apabila kulit kehilangan fungsi rintangannya, sinaran UV mengaktifkan ROS dan seterusnya mendorong kepada pengeluaran melanin. Semakin banyak melanin yang dibebaskan, semakin gelap kulit akan menjadi.

N ° 2 Whitening Mask (Pemutihan) dirumuskan dengan Ekstrak Sel Stem Peach Blossom yang telah dipatenkan dan telah menunjukkan keberkesanannya dalam menghalang sintesis melanin, merangsangkan gen sintesis melanin, meningkatkan tahap kelembapan kulit serta melindungi kulit daripada sinaran UV. Rawatan ini berkesan meningkatkan tahap kecerahan kulit sehingga 6.3% dalam hanya 5 minit penggunaan, serta meremajakan keupayaan anti-UV kulit secara mendalam dan untuk jangka masa yang lama.

Manfaat

  • Ekstrak Sel Stem Peach Blossom menghalang pengeluaran melanin dan melawan sinaran UV untuk melindungi sel kulit serta memberi kesan pemutihan.

  • Vitamin B3 merangsang sel hiperplasia interstitial dan membantu meningkatkan ceramida pelembab sebanyak 7.4 kali untuk menghilangkan kekasaran kulit dan melicinkan kulit.

  • Asid hialuronik membantu meningkatkan penghidratan kulit. Ia membentuk filem pelindung di permukaan kulit, memberikan sensasi pelembab, mencegah penyejatan kelembapan kulit, dengan itu, menstabilkan proses pengekalan kelembapan.

  • Kajian klinikal membuktikan bahawa selepas penggunaan Ekstrak Sel Stem Peach Blossom selama 8 minggu, kandungan melanin dalam kulit berkurang sebanyak 9.3% dan kecerahan kulit meningkat sebanyak 3.5%.

  • Dengan hanya 5 minit penggunaan, N°2 Whitening Mask berkesan meningkatkan kecerahan kulit sehingga 6.3%.

Anugerah

Cell Young® Ekstrak Sel Stem Peach Blossom

  • 2015 Invention/New Product Exposition (INPEX)-Silver Medal

Ramuan

  • CellYoung ® Ekstrak Peach Blossom Callus

  • B3 Nicotinamide

  • Sodium Hyaluronate

Negara Asal Produk

Taiwan

Perhatian

  • Tidak disyorkan untuk disimpan di dalam peti sejuk.

  • Tanggalkan masker sebelum kering.

CADANGAN PENGUNAAN

  • Sesuai untuk kegunaan harian.

  • Dicadangkan untuk menggunakan masker selepas membersihkan muka.

  • Gunakan N°1 Hydration Mask (Penghidratan) diikuti dengan N°2 Whitening mask (Pemutihan) dan diikuti dengan N°3 Firming Mask (Penganjalan) pada hari berikutnya (berdasarkan keperluan).

Penyimpanan

Simpan di tempat yang kering, pada suhu biasa.

Berat Bersih

22g/keping

1 kotak – 5 keping

© Copyright 2018 Agape Superior Living Sdn Bhd. All Rights Reserved.