BUDAYA

Di AGAPE Superior Living, kami mencipta satu budaya baru. Budaya yang berlandaskan prinsip “menjaga kebajikan orang lain tanpa mementingkan diri sendiri”. Kami percaya bahawa dengan membantu orang lain, anda juga membantu diri sendiri.

Buat sekian lama, pemasaran rangkaian telah mencipta banyak peluang penjanaan pendapatan. Namun, peluang itu cuma memanfaatkan segelintir masyarakat sahaja.

Di AGAPE Superior Living, kami mula mengubahnya. Sistem kami membantu setiap orang untuk menjana pendapatan daripada usaha sendiri. Dengan berkongsi bersama orang lain, barulah kejayaan yang sebenar dapat dicapai dalam jangka masa panjang oleh individu daripada pelbagai latar belakang. Untuk kebanyakan orang, sifat membantu diri sendiri sahaja telah menjadi penghalang untuk mereka mencapai kejayaan dan kepuasan sebenar. Di AGAPE Superior Living, kami membantu semua untuk mendapat ganjaran daripada mengongsikan produk terunggul, peluang penjanaan pendapatan dan seminar latihan bagi membangunkan diri.

Di AGAPE Superior Living, kami menekankan prinsip kejayaan dalam hidup.  Memberi pancing adalah lebih baik daripada memberi ikan. Dengan memberi seekor ikan, orang hanya mampu menikmatinya buat seketika, Tapi kalau kita memberi pancingnya, dia akan berusaha mendapatkan ikannya sendiri. Kami di AGAPE Superior Living mewujudkan kehidupan yang unggul untuk semua lapisan masyarakat supaya mereka dapat mengecapi kepuasan hidup yang sebenar – kepuasan yang akan mendorong mereka berkongsi pengetahuan mengenai cara untuk berjaya dengan orang lain. Pada masa yang sama, mereka juga akan dapat membimbing orang lain ke arah kejayaan.

” Mencipta Kekayaan Berterusan dengan Membantu Orang Lain untuk Berjaya ” – Moto Agape Superior Living.– Agape Superior Living Motto.

Misi dan Visi

MISI GLOBAL AGAPE SUPERIOR LIVING:

UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KEHIDUPAN MELALUI KEUNGGULAN PRODUK, PERKHIMATAN DAN SISTEM YANG
DAPAT MENINGKATKAN KUALITI HIDUP SERTA MEMAKSIMUMKAN KEUPAYAAN UNTUK MENCAPAI KEGEMBIRAAN SEJATI.”

Mission Statement, Agape Superior Living

AGAPE Superior Living komited dalam menghasilkan produk yang bermutu dan berkredibiliti untuk memberikan kesihatan dan gaya hidup yang unggul kepada semua. Maka ia sangatlah penting untuk menyebarluaskan misi AGAPE Superior Living agar dapat memberi kesihatan, kesejahteraan dan kehidupan terunggul kepada semua pada masa kini.

Selain itu, untuk mereka yang berminat untuk mempromosikan produk kesihatan, suplemen, produk alam sekitar, produk teknologi mahupun pelancongan, mereka boleh mula menjalankan perniagaan AGAPE Superior Living, dengan jaminan bahawa mereka akan diberikan produk-produk, sokongan dan insentif yang terbaik. AGAPE Superior Living menyediakan barisan sokongan untuk mencapai kejayaan di seluruh dunia.

VISI AGAPE SUPERIOR LIVING YANG DIDORONG OLEH KEJAYAAN INI ADALAH

MENJADI PEMBEKAL PENYELESAIAN KESIHATAN, KESEJAHTERAAN DAN GAYA HIDUP YANG TERUTAMA DI SELURUH DUNIA DALAM MASA TERDEKAT”

– Vision Statement, Agape Superior Living

AGAPE Superior Living menggabungkan segala yang terbaik dalam dunia ini untuk meyediakan persekitaran yang dapat melahirkan individu yang terbaik.

© Copyright 2018 Agape Superior Living Sdn Bhd. All Rights Reserved.