AMANAT PRESIDEN SEDUNIA

Mari kita menghadapinya.

Lebih satu dekad telah berlalu sejak dunia menerima ketibaan abad ke-21. Kita sekarang menghadapi kegawatan dan cabaran ekonomi abad ke-21 yang tidak dapat diramalkan.  Berdepan dengan pelbagai isu ekonomi yang kian mencabar, kita tiada pilihan lain melainkan menghadapi, mengatasi dan bergerak bersama dalam merangkul perubahan-perubahan yang dibawa.

Kita semua berusaha memperbaiki kualiti kehidupan kita. Kami semua berharap dapat memberikan yang terbaik untuk keluarga dan orang tersayang. Saya telah dan masih melakukan yang terbaik untuk mendekati mereka yang dengan rendah hati mecari kaedah terbaik dalam mencapai kehidupan yang lebih baik, bermakna dan bahagia. Membantu dan memupuk orang lain untuk merealisasikan potensi mereka dalam kehidupan, agar mereka mencapai impian, adalah daya penggerak dan motivasi di sebalik keputusan yang saya usahakan di AGAPE.

Perniagaan AGAPE adalah berlandaskan ‘Penjagaan’ dan ‘Kasih Sayang’ kepada masyarakat. AGAPE bukan sekadar mengejar keuntungan yang lebih banyak, tetapi yang paling penting adalah AGAPE sentiasa mengamalkan tentang sifat kepedulian, kasih sayang dan kasih saying terhadap rakyat.

Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kepada masyarakat sekitar saya yang terus memberikan sokongan kepada AGAPE. Sokongan ini adalah daya pendorong untuk saya dalam memberikan yang terbaik untuk membantu orang lain. Saya percaya bahawa anda juga boleh mencapai yang terbaik dalam kehidupan seperti apa yang dilakukan oleh AGAPE untuk saya. Nilai teras AGAPE adalah untuk membantu orang lain merealisasikan impian mereka.

Platform kukuh yang dibina oleh AGAPE bukan sekadar dengan usaha diri sendiri sahaja. Ia didedikasikan untuk setiap pemimpin dalam keluarga AGAPE. Platform yang mantap ini adalah bukti bahawa dengan adanya keinginan yang cekal untuk berjaya, kita semua mampu berkongsi kasih sayang sesama manusia dan merapatkan keluarga. Keinginan untuk memiliki kekayaan dan kesihatan dapat mewujudkan peluang yang lebih banyak untuk kita saling membantu antara satu sama lain.

Dalam AGAPE, setiap daripada kita merupakan Duta Pengasih. Setiap orang telah diamanahkan untuk mempromosikan kesihatan terunggul kepada semua. Sebagai ketua duta, saya memastikan bahawa setiap Duta Pengasih AGAPE mempunyai hubungan yang akrab.

Kepada Duta Pengasih sekalian, saya ingin mengucapkan jutaaan terima kasih kepada semua atas sokongan dan sumbangan anda kepada AGAPE. Anda semua sentiasa diingati dalam hati saya. Saya amat yakin bahawa titik peluh anda semua akan membawa AGAPE ke tangga teratas di dunia ini.

Perubahan akan sentiasa berlaku dan hanya masa yang boleh membuktikan segala-galanya. Tidak kira apa perubahan yang berlaku dalam kehidupan, AGAPE akan terus bersama anda semua dalam perjalanan ke arah kesihatan dan kekayaan.

Saya berkomited untuk memegang janji ini sebagai sebahagian daripada kewajipan dan tanggungjawab saya, tetapi hanya untuk mereka yang berani untuk mendukung impian. Sekiranya anda mempunyai impian untuk mengecapi kehidupan yang selesa untuk diri anda sendiri dan orang tersayang, maka saya menyeru anda bangun untuk merealisasikan impian anda. AGAPE tidak mengenal Batasan, dan setiap batasan itu boleh ditempuhi untuk kita terus maju ke depan.

AGAPE berada di sini untuk menyatukan kita semua. Saya amat yakin bahawa dengan berganding bahu dan berpadu hati, kita dapat membentuk masa depan yang amat cerah untuk semua yang menyumbang secara iklas, masa depan yang membawa kehidupan yang lebih aman, berbaloi dan harmoni.

Y.H. Dato’ Sri Dr. How Kok Choong
S.S.A.P, D.I.M.P, J.P.
Presiden Sedunia
Agape Superior Living International Group

© Copyright 2018 Agape Superior Living Sdn Bhd. All Rights Reserved.